Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Qurban: Panduan Lengkap Untuk Umat Islam

Tanpa disedari, ibadah qurban akan diadakan pada bulan hadapan. 

Meskipun begitu, ramai orang yang kurang cakna akan kepentingan hari bersejarah ini jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri. 

Mana tidaknya, sambutan hari raya Aidilfitri di Malaysia boleh dikatakan amat meriah. 

Jamuan rumah terbuka, pemberian duit raya, dan juga masakan istimewa yang kebiasaannya dibuat hanya hari tersebut. 

Namun begitu, sebagai seorang Muslim, kedua-dua hari perayaan tersebut amat bermakna. 

Sebagai contoh, ibadah qurban berkait rapat dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya; Nabi Ismail. 

Jadi, ikuti artikel ini untuk mengetahui info berkaitan ibadah qurban dengan lebih lanjut. 

Sejarah Peristiwa Ibadah Qurban

ibadah qurban

Sebelum kami kongsikan info-info ibadah dengan lebih mendalam, kami akan menceritakan dahulu peristiwa bersejarah di sebalik ibadah suci ini. 

Ibadah ini adalah bertujuan untuk memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di saat menjalankan amanah daripada Allah. 

Peristiwa qurban boleh didapati dalam surah As-Saffat pada ayat 102: 

qurban

Ayat ini bermaksud:

“Ketika anak itu telah sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim. Ibrahim berkata, “Hai, anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintah oleh Allah kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar”.

Maka, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mematuhi perintah Allah itu dan bersiap sedia untuk menuju ke tempat yang diarahkan oleh Allah. 

Setelah tiba di tempat tersebut, Nabi Ibrahim merebahkan tubuh anak lelakinya dengan menghadapkan mukanya ke atas tanah. 

Nabi Ibrahim mengangkat pedang miliknya dengan kalimah Allah lalu memancungkan leher anak lelakinya itu.

Apabila Nabi Ibrahim membuka matanya, baginda amat terkejut apabila mendapati bahawa yang dipancungnya itu bukan Nabi Ismail. 

Tetapi, seekor kibas. Maka, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengucap kesyukuran kepada Allah kerana diberikan kekuatan dan keberanian ketika menjalankan amanah tersebut. 

Apakah Maksud Qurban?

qurban

Qurban ini merujuk kepada penyembelihan haiwan ternakan yang tertentu dan dibenarkan dalam Islam pada tarikh yang tertentu. 

Haiwan ternakan ini juga dinamakan sebagai al- an’am. Penyembelihan haiwan ternakan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Ia bertepatan dengan Surah al-Hajj pada ayat 28: 

Ayat ini bermaksud: 

Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka, makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. 

Hukum Melaksanakan Qurban

hukum qurban

Hukum melaksanakan ibadah qurban ialah sunat muakkad. Ini bermaksud perbuatan qurban itu amat dituntut buat mereka yang mampu. 

Manakala, hukumnya menjadi makruh jika individu yang mampu tersebut tidak melaksanakan qurban. 

Tetapi, terdapat beberapa situasi yang menyebabkan ibadah qurban ini menjadi wajib. Situasi tersebut adalah: 

  • Ibadah korban yang wajib dilaksanakan akibat daripada bernazar secara jelas (nazar hakiki).
  • Ibadah korban yang diwasiatkan oleh mereka yang sudah meninggal dunia.
  • Apabila individu menta’yinkan (menentukan) binatang tertentu untuk ibadah qurban.

Mungkin ada antara kita yang kurang memahami istilah nazar. Nazar itu merujuk kepada perbuatan yang bakal dilakukan dengan menyebut nama Allah atau nazar itu sendiri. 

Sebagai contoh, “Demi Allah, aku akan qurbankan seekor kambing pada AidilAdha tahun ini”. 

Ataupun, “Kambing ini hanyalah untuk ibadah qurban”.

Kedua-dua contoh di atas menggambarkan situasi dimana seseorang individu telah bernazar untuk ibadah suci ini. 

Situasi yang kedua itu adalah contoh kepada perbuatan menta’yinkan (menentukan) binatang untuk qurban. 

Syarat-syarat Qurban

Buat pengetahuan anda, syarat-syarat sah qurban terbahagi kepada beberapa kategori iaitu syarat wajib individu, syarat pelaksanaan, dan syarat pelaksanaan qurban. 

Mari teliti satu per satu. 

Syarat wajib individu:

Buat individu yang ingin melakukan ibadah qurban, berikut merupakan syarat-syarat wajibnya: 

  • Seorang yang Muslim 
  • Merdeka (bebas dari kehambaan)
  • Berkemampuan dari segi kewangan
  • Baligh 
  • Bermukim/bermusafir 

Syarat haiwan qurban: 

  • Melaksanakan ibadah ini keatas bintang ternakan (al an’am) seperti lembu, kambing, unta, kibas, biri-biri, dan kerbau. 
  • Binatang ternakan mestilah tidak memiliki sebarang kecacatan seperti tempang, cedera pada badannya, kurus sehingga menampakkan tulangnya, dan sebagainya.
  • Bintang ternakan yang sudah cukup umurnya:

Unta: berumur 5 yang masuk ke 6 tahun.

Lembu/kerbau/kambing: 2 tahun yang masuk ke 3 tahun.

Biri-biri/kibas: 1 tahun yang masuk ke 2 tahun atau gigi hadapan sudah ada walaupun masih belum cukup umur (mesti melebihi 6 bulan). 

Syarat pelaksanaan qurban: 

syarat qurban

  • Ibadah ini mestilah dilaksanakan pada tarikh 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. 
  • Waktu yang dibenarkan untuk melaksanakan qurban adalah setelah selesainya solat hari raya Aid al-Adha dan bacaan khutbah. 

Pembahagian Daging Qurban

daging qurban

Tahukah anda bahawa pembahagian daging qurban adalah bergantung kepada niat seseorang individu itu. 

Seperti yang dinyatakan di atas, ibadah ini terbahagi kepada beberapa hukum mengikut situasi individu tersebut. 

Bagi qurban yang dilakukan dengan niat sunat muakkad, sebahagian daging itu sunat diberikan kepada yang berniat itu. 

Pembahagian itu boleh dibuat mengikut sifir ini: 

  1. ⅓ diberikan kepada pihak yang berkorban dan ahli keluarganya 
  2. ⅓ diberikan kepada fakir dan miskin
  3. ⅓ diberikan kepada sahabat-sahabat dan jiran. 

Manakala, bagi qurban yang wajib dilakukan atas sebab bernazar, individu tersebut perlu sedekahkan kesemua daging korban kepada golongan fakir dan miskin. 

Jika individu terbabit termakan/ telah makan daging korban itu, maka dia perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar tertentu. 

Bagaimana Ingin Menyempurnakan Ibadah Qurban? 

Buat anda yang ingin menyempurnakan ibadah suci ini, anda boleh hubungi kami di AqiqahAlHaramain.com

Pelaksanaan qurban bersama kami sememangnya mudah, dipercayai dan patuh syariah. 

Ibadah ini akan dijalankan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Oleh itu, video dan gambar akan diberikan kepada anda sebagai bukti pelaksanaan aktiviti qurban sudah dijalankan. 

Jika anda berminat, anda boleh mendaftar qurban di AqiqahAlHaramain.com. 

Proses pendaftaran yang dilakukan adalah 100% secara atas talian sahaja. Anda cuma perlu luangkan 5 minit sahaja untuk berdaftar. 

Proses pelaksanaan kami juga amat mudah. Anda hanya perlu mengisi maklumat peribadi di borang yang disediakan online. 

Kemudian, anda akan menerima video dan gambar setelah penyembelihan haiwan berjaya dilaksanakan. 

Selain itu, anda juga akan menerima free gift:       

  • Sijil Kayu Eksklusif 
  • Air ZamZam 250 ml

Jadi, tunggu apa lagi? 

Mari sempurnakan tugas kita sebagai seorang Muslim dengan melaksanakan qurban yang menepati syarat-syarat dalam Islam. 

Hubungi kami sekarang dengan menekan pautan di bawah untuk mendaftar qurban bersama kami.