Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Hukum Akikah: Ada Lagi Info Penting Yang Anda Perlu Tahu

Pasangan yang baru mendapat cahaya mata mesti terfikir untuk mengadakan majlis akikah sempena menyambut kelahiran anak.

Hukum akikah merupakan sunat muakkad, iaitu ia sangat dituntut oleh Islam bagi golongan yang berkemampuan.      

Ia adalah satu ibadah yang mulia sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat dikurniakan anak.  

Sebelum merancang majlis, pastikan anda telah memahami terlebih dahulu hukum-hukum berkaitan akikah. 

Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsi info penting yang anda perlu tahu.

Pengertian Akikah

hukum akikah

Akikah merujuk kepada menyembelih binatang an’am ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.  

Menurut istilah hukum syarak, ibadah akikah adalah seperti berikut 

“penyembelihan haiwan tertentu bagi kepentingan anak, di samping mencukur dan memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu”.

Manakala, menurut bahasa pula akikah membawa maksud 

“rambut yang tumbuh di atas kepala bayi sewaktu lahir”.

Akikah adalah untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak yang telah dilahirkan. 

Kadar akikah berbeza mengikut jantina anak. Bagi anak lelaki, ia lebih afdal dengan dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan dengan satu ekor kambing. 

Syarat tersebut boleh dilihat dengan riwayat Aisyah :

“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Persoalan tentang Ibadah Akikah

hukum akikah

Berikut merupakan huraian secara mudah berkaitan akikah yang sering menjadi persoalan ramai.

  • Melewatkan akikah selepas hari ketujuh kelahiran

Jika ada kekangan seperti masa, boleh dilewatkan selagi mana anak masih belum mencecah usia baligh.

Sesudah baligh, tuntutan membuat akikah akan berpindah kepada anak itu sendiri mengikut Mazhab Syafie’.

  • Akikah anak yatim

Tuntunan akikah ditujukan kepada pihak yang wajib memberi nafkah kepada seorang anak itu iaitu ayah. 

Jika seorang ayah tidak mampu, maka diturunkan kepada datuk. Selain itu, orang lain tidak ada tuntutan kecuali anak itu ingin membuat akikah sendiri setelah dia dewasa.

Maka, tidak disunatkan membuat akikah untuk anak yatim. 

  • Pengagihan daging Akikah ketika majlis/kenduri

Prinsip pengagihan terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Fakir miskin
  2. Sebahagian untuk saudara mara/kenalan
  3. Sebahagian untuk dimakan diri sendiri/pelaku ibadah

Namun, dari segi cara bahagiannya tidak ada ditetapkan. 

  • Daging dimasak manis

Mengikut saranan ulamak, daging akikah elok dimasak manis.

Boleh dimasak mengikut kesesuaian seperti gulai, madu, kurma atau apa sahaja. 

  • Sisa majlis akikah 

Sisa akikah selepas majlis boleh dibuang seperti biasa. 

Beza Akikah dan Korban

Hukum pelaksanaan ibadah akikah dan ibadah korban adalah sama iaitu sunat muakkad.

Namun, jangan keliru kerana keduanya adalah ibadah yang berbeza. Teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

  • Waktu

Ibadah korban disempurnakan ketika bulan Zulhijjah iaitu selepas solat sunat Aidiladha, lebih spesifiknya pada tarikh 10,11,12,13 Zulhijjah.

Manakala, akikah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahiran bayi tetapi lebih afdal pada hari ketujuh.

Secara mudah, ibadah korban dilakukan setiap tahun tetapi ibadah akikah hanya dilakukan sekali sahaja sepanjang hayat untuk seorang anak itu. 

Namun, ada juga pasangan yang berkemampuan untuk melaksanakan kedua-dua ibadah ini sekali. 

  • Pengagihan daging penyembelihan 

Daging akikah lebih afdal dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada fakir miskin.

Berbeza dengan daging korban yang tidak perlu dimasak dahulu dan boleh diagihkan dalam keadaan mentah.

Dari sudut cara pemotongan haiwan ternakan untuk tujuan akikah adalah tidak tertakluk kepada haiwan ternakan yang disembelih bagi tujuan ibadah korban.

Tulang-tulang haiwan penyembelihan bagi tujuan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya tetapi tidak bagi haiwan korban.

Begitulah perbezaan mudah antara ibadah korban akikah.

Kesimpulannya, ibadah akikah penting untuk difahami umat Islam kerana ibadah yang suci untuk kesejahteraan anak-anak. 

Selain tanda kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat kelahiran anak, antara hikmah ibadah akikah ialah mendekatkan diri anak kepada Allah SWT pada peringkat awal lagi.

Oleh itu, disarankan untuk ahli keluarga menguruskan ibadah ini dengan kaedah yang terbaik mengikut kemampuan.

Semoga melalui perkongsian dalam artikel ini membantu para pembaca mendapat manfaat.

Jika mencari syarikat untuk membantu anda menjalankan ibadah akikah, anda boleh mempertimbangkan syarikat Aqiqah al-Haramain. 

Berikut adalah beberapa sebab anda seharusnya memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan. 

Bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah dilakukan secara online dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM499 untuk seekor kambing.

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan di bawah ini.