Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Badal Umrah: Ketahui Info Asas dan Penting Di Artikel Ini

Umrah merupakan satu ibadah yang dikejar oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi yang tidak mampu kerana keadaan fizikal, badal umrah adalah satu cara.

Ia merupakan satu langkah yang baik bagi mereka yang tidak mampu ke tanah suci kerana penyakit atau perkara lain yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk menunaikan ibadah ini.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda apa itu badal umrah serta syarat dan rukun yang perlu diikuti bagi mereka yang menunaikan ibadah ini.

Sila membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang sangat penting bagi semua umat Islam.

Maksud Badal & Umrah 

maksud badal

Maksud umrah dari segi syara’ adalah menziarahi Baitullah Al-Haram pada bila-bila waktu untuk melaksanakan ibadah dengan mengikut syarat yang sudah ditentukan dalam Islam.

Dari segi bahasa pula, Umrah bermaksud ziarah. Satu perkara yang ramai tidak tahu ialah umrah merupakan ibadah wajib bagi mereka yang mampu dari segi kewangan dan fizikal.

Ini berdasarkan ayat dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.

Surah al-Baqarah (Ayat 196)

Bagi mereka yang mampu dari segi kewangan tetapi tidak mampu dari segi batiniah, mereka boleh melakukan Badal Umrah.

Ini bermaksud mereka mewakilkan kepada ahli keluarga atau kenalan untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Antara sebab seseorang individu tidak boleh melakukan ibadah itu sendiri adalah seperti terlalu tua, sakit tiada harapan untuk sembuh atau sudah meninggal dunia.

Oleh kerana sebab-sebab di atas, mereka boleh mewakilkan ibadat umrah menerusi badal umrah ini.

Apakah Syarat-syarat Sah Umrah

syarat sah umrah

Untuk melakukan Ibadah umrah atau badal umrah, terdapat 5 syarat yang perlu dipenuhi untuk memastikan ibadah tersebut adalah sah.

  • Beragama Islam

Seperti yang kita ketahui, ibadah Umrah atau Haji merupakan salah satu rukun Islam. Oleh itu, syarat yang pertama adalah mereka yang ingin menunaikan ibadah ini perlulah beragama Islam.

  • Baligh

Ibadah umrah atau badal umrah hanya diwajibkan bagi mereka yang sudah mencapai akil baligh dan tidak wajib untuk kanak-kanak kecil.

  • Berakal

Tidak wajib bagi mereka yang tidak siuman, gila, atau hilang akal untuk menunaikan ibadah ini. Badal umrah juga tidak sah jika diwakilkan ke atas mereka yang tidak berakal.

  • Merdeka

Tidak wajib untuk menunaikan umrah bagi seorang hamba abdi.

  • Berkemampuan

Hanya mereka yang mampu dari segi kewangan dan sihat tubuh badan diwajibkan melakukan ibadah ini. 

Bagi mereka yang mampu tetapi tidak sihat, mereka boleh melakukan badal umrah.

Rukun Wajib Mengerjakan Umrah

rukun wajib umrah

Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 rukun wajib yang perlu diikuti oleh mereka yang melakukan ibadah umrah atau badal umrah.

1. Berniat Ihram

Berniat Ihram adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan umrah atau badal umrah. 

Niat ihram yang paling afdhal adalah di Miqat namun boleh dilakukan sebelum melepasinya.Terdapat 5 Miqat bagi ihram haji atau umrah iaitu:

  • Bir Ali atau Zulhulaifah –  ini adalah bagi jemaah yang datang dari arah Madinah
  • Yalamlam – ini bagi Jemaah datang dari arah Yaman
  • Qarnul Manazil – bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat Qarnul Manazril
  • Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
  • Zatu Irqin – untuk Jemaah yang datang dari arah Iraq

2. Tawaf

Rukun seterusnya ialah Tawaf. Apabila jemaah tiba di Tanah Suci, ia merupakan amalan pertama yang akan dilakukan bagi mereka yang mengerjakan umrah atau badal umrah.

Ia merupakan amalan di mana seseorang itu akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya. 

Tawaf juga mempunyai syarat wajibnya sendiri iaitu:

  1. Menutup aurat seperti di dalam solat
  2. Suci daripada hadas 
  3. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
  4. Menutup aurat seperti di dalam solat
  5. Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad
  6. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu
  7. Berjalan itu dengan tujuan tawaf
  8. Cukup tujuh keliling dengan yakin
  9. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah 

3. Saie

Rukun Umrah yang ketiga adalah Saie di mana jemaah akan berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah yang mempunyai jarak lebih kurang 420 meter. 

Seperti tawaf, ia juga mempunyai syarat tersendiri iaitu:

  1. Hendaklah dilakukan selepas Tawaf
  2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
  3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali
  4. Hendaklah Saie sehingga sampai ke penghujung tempat Saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap kali.
  5. Hendaklah Saie di tempat yang ditentukan.
  6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan Saie itu

4. Bergunting atau Bercukur

Selepas selesai amalan Saie, jemaah diwajibkan bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Ini untuk melepaskan diri daripada pantang larang ihram.

Bagi kaum lelaki, ia adalah afdhal untuk bercukur kepala. Selepas siap rukun ini, maka anda terlepas dari pantang larang semasa dalam ihram umrah.

5. Tertib

Rukun terakhir adalah tertib. Bagi mereka yang melakukan badal umrah atas nama orang, anda perlu memastikan tertib betul supaya umrah adalah sah.

Kesimpulannya, badal umrah merupakan satu perkara yang sangat bagus bagi mereka yang mampu untuk melakukan umrah dari segi kewangan tetapi tidak mampu dari segi batiniah.

Jika anda ingin mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah badal umrah, aqiqah atau korban, anda boleh mencuba syarikat AqiqahAlharamain.com.

Berikut adalah beberapa sebab anda seharusnya memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan. 

Bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM470 untuk seekor kambing. 

Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan badal umrah buat mereka yang ingin melaksanakannya. Kami menyediakan 3 pakej badal umrah iaitu: 

  1. Pakej Sakeenah (RM520)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Mawaddah (RM619) 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan aktiviti waqaf al-Quran 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Rahmah (RM989)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar pelaksanaan sembelihan dan agihan daging kambing 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan di bawah ini.

Klik Untuk Maklumat Lanjut Aqiqah Al-Haramain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *