Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Badal Haji: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

Badal Haji merupakan satu perkara yang dibuat oleh ramai orang di Malaysia. Ini dilakukan apabila seseorang itu tidak mampu lagi untuk melakukan ibadah tersebut secara fizikal.

Namun begitu, terdapat juga ramai di antara mereka yang tidak tahu mengenai kemudahan ini. 

Jadi, di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang hukum Badal Haji serta syarat dan rukun yang perlu diikut bagi mereka yang melakukannya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Maksud dan Hukum Badal Haji

Apabila seseorang itu mampu untuk melakukan haji (dari segi kewangan) tetapi tidak mampu secara batiniah atas sebab-sebab seperti sakit uzur, maka mereka boleh mengupah orang.

Ini yang dinamakan badal haji atau juga Haji Niyabah. Ia bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya.

Bagi hukum pula, mereka yang mampu untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak boleh kerana sakit, ia adalah harus untuk mereka melakukan Badal Haji.

Perkara ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari Fadl bin Abbas. Ia melibatkan seorang wanita yang bertanya kepada Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya?”

Rasulullah SAW pula menjawab Boleh”.

Syarat-Syarat Badal Haji

Berikut merupakan syarat-syarat badal haji yang perlu diikut oleh mereka yang ingin melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain:

  • Terlebih dahulu, dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah hajinya yang terdahulu.
  • Hanya menunaikan haji untuk seorang sahaja ketika musim haji.
  • Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada:
  1. Di miqat orang yang hendak dihajikannya atau;
  2. Di miqat yang sama jauh dengan miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau;
  3. Di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan haji,
  4. Tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana miqat yang dirasakan mudah baginya.
  5. Orang yang yang menunaikan badal haji perlulah seorang Muslim yang telah akil baligh.

Rukun dan Wajib Haji

Untuk pengetahuan anda, terdapat 6 rukun haji dan 6 wajib haji yang harus dilakukan oleh jemaah haji.

Untuk rukun haji, ia wajib dilakukan oleh jemaah untuk memastikan ibadah haji atau badal haji mereka adalah sah dan sempurna.

Jika ada yang tertinggal, maka ibadah yang dilakukan tidak sah dan perlu dilakukan balik.

1. Berniat Ihram

Berniat Ihram adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan haji atau badal haji. 

Niat ihram yang paling afdhal adalah di miqat namun boleh dilakukan sebelum melepasinya. Terdapat 5 miqat bagi Haji atau badal haji iaitu:

  • Bir Ali atau Zulhulaifah –  ini adalah bagi jemaah yang datang dari arah Madinah
  • Yalamlam – ini bagi Jemaah datang dari arah Yaman
  • Qarnul Manazil – bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat Qarnul Manazril
  • Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
  • Zatu Irqin – untuk Jemaah yang datang dari arah Iraq

2. Wukuf Di Arafah

Wukuf di Padang Arafah merupakan perkara yang wajib dilakukan untuk memastikan ibadah haji atau badal haji sah. Ia perlu dilakukan pada 9 Dzulhijjah.

Ia dilakukan untuk mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga.

Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan. Maka, di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima.

3. Tawaf

Rukun seterusnya adalah Tawaf. Apabila jemaah tiba di Tanah Suci, ia merupakan amalan pertama yang akan dilakukan bagi mereka yang mengerjakan haji atau badal haji.

Ia merupakan amalan di mana seseorang itu akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali mengikut syarat-syaratnya. Tawaf juga mempunyai syarat wajibnya tersendiri iaitu:

  1. Menutup aurat seperti di dalam solat.
  2. Suci daripada hadas.
  3. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
  4. Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad.
  5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu.
  6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf.
  7. Cukup tujuh keliling dengan yakin.
  8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah.

4. Saie

Rukun Haji yang keempat adalah Saie, di mana jemaah akan berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dengan Marwah yang mempunyai jarak lebih kurang 420 meter. 

Seperti tawaf, ia juga mempunyai syarat-syarat tersendiri iaitu:

  1. Hendaklah dilakukan selepas Tawaf.
  2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
  3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali.
  4. Hendaklah Saie sehingga sampai ke penghujung tempat Saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap kali.
  5. Hendaklah Saie di tempat yang ditentukan.
  6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan amalan itu.

5. Bergunting atau Bercukur

Selepas selesai amalan Saie, jemaah diwajibkan bercukur atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Ini untuk melepaskan diri daripada pantang larang ihram.

Bagi kaum lelaki, ia adalah afdhal untuk bercukur kepala. Selepas siap rukun ini, maka anda terlepas dari pantang larang semasa dalam ihram Haji.

6. Tertib

Rukun terakhir adalah tertib. Bagi mereka yang melakukan badal haji atas nama orang, anda perlu memastikan tertib itu betul supaya ibadah haji adalah sah.

Berikut di atas merupakan 6 rukun yang perlu dipatuhi ketika melakukan ibadah haji. 

Manakala, untuk 6 syarat wajib haji pula adalah seperti dibawah ini: 

  1. Niat di miqat
  2. Larangan Ihram
  3. Bermalam (Mabit) di Mudzalifah 
  4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah 
  5. Bermalam (Mabit) di Mina 11,12,13 Zulhijjah 
  6. Melontar Ketiga – tiga Jamrah Pada 11, 12, 13 Zulhijjah

Kesimpulannya, ibadah badal haji ini adalah untuk memudahkan orang-orang Muslim bagi yang tidak mampu melakukannya dengan fizikal yang sihat. 

Selain daripada badal haji, anda juga boleh membuat badal umrah bagi mereka yang uzur daripada segi kesihatan. 

Untuk itu, anda boleh membaca artikel kami mengenai badal umrah dengan klik pautan di bawah ini. 

Badal Umrah: Ketahui Info Asas dan Penting Di Artikel Ini

Buat pengetahuan anda, syarikat kami iaitu AqiqahAlHaramain.com menawarkan beberapa perkhidmatan seperti badal umrah, korban dan juga aqiqah. 

Jadi, jika anda sedang mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah-ibadah di atas, anda boleh hubungi kami segera! 

Berikut adalah beberapa sebab anda harus memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM470 untuk seekor kambing.

Manakala, bagi perkhidmatan badal umrah pula, berikut merupakan 3 pakej yang disediakan oleh pihak kami: 

  1. Pakej Sakeenah (RM490)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Mawaddah (RM589) 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan aktiviti waqaf al-Quran 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Rahmah (RM959)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar pelaksanaan sembelihan dan agihan daging kambing 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, sila ke laman web kami di sini.

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai AqiqahAlHaramain.com!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *