Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Perbezaan Korban dan Akikah Yang Anda Perlu Tahu

Adakah anda masih keliru antara korban dan akikah? Ini disebabkan kedua-dua amalan mulia ini mempunyai sedikit perbezaan daripada segi maksud dan ciri-cirinya. 

Maka, di dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa informasi penting seperti perbezaan antara korban dan akikah, cara penyembelihan, ciri-ciri haiwan ternakan, dan sebagainya.

Jadi, mari kita mulakan dengan pengertian korban dan akikah. Teruskan membaca.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Korban?

korban

Pada bahagian ini, kami akan memperjelaskan pengertian korban. Korban merujuk kepada ibadah yang dituntut di dalam agama Islam. 

Amalan ini serba sedikit banyak mengajar erti pengorbanan dan kasih sayang antara ayah dan anak lelakinya, iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. 

Mengikut sejarah Islam, Nabi Ibrahim menerima petunjuk daripada Allah SWT untuk melaksanakan korban kepada anaknya. 

Walaupun hati baginda berat, namun, hati baginda masih berpegang teguh pada agama Allah. Bagi mengetahui sejarah korban dengan lebih mendalam, anda boleh klik di sini

Secara dasarnya, ibadah korban adalah aktiviti penyembelihan yang dilakukan kepada binatang ternakan (al-nahl) pada hari Raya AidilAdha iaitu 10 sehingga 13 haribulan Zulhijjah. 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Akikah?

akikah

Bagi definisi akikah pula, ia berasal daripada perkataan Arab ‘al-Iqqah’. Ini bermaksud rambut yang tumbuh pada manusia atau haiwan yang dilahirkan.

Akikah adalah majlis mencukur rambut bayi bagi tujuan untuk mensyukuri nikmat kurniaan anak oleh Allah SWT. 

Ibadah akikah ini dilaksanakan khas untuk bayi yang baru lahir pada hari ke-7, 14, dan 21. Ibadah ini adalah sekali sahaja untuk seseorang individu pada sepanjang hayatnya.

Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).

Perbezaan Antara Korban Dan Akikah

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka.” (Al-Hajj: 34).

Syarat untuk penyembelihan haiwan ternakan semasa korban atau akikah ialah haiwan ternakan tersebut tidak boleh: 

  • Cacat 
  • Buta kedua-dua mata, 
  • Terlalu kurus
  • Mengandung atau, 
  • Berpenyakit. 
  •  Tujuan utama kedua-dua ibadah

ibadah korban akikah

Tujuan utama ibadah korban adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengenang kembali peristiwa Nabi Ibrahim AS.

Manakala, akikah bertujuan untuk melaksanakan kesyukuran ke atas rezeki anak yang dilahirkan. 

  • Pembahagian daging 

Cara pembahagian untuk penerima daging ibadah korban adalah ⅓ untuk diri sendiri, ⅓ untuk fakir miskin dan ⅓ untuk orang ramai. 

Bagi daging korban, ia tidak perlu dimasak manis dan hanya disedekahkan kepada golongan fakir yang layak menerimanya dalam keadaan mentah. 

Untuk ibadah akikah pula sebaiknya diberikan kepada fakir miskin, namun ia boleh juga diberikan kepada orang kaya. 

Daging akikah yang ingin diagihkan kepada golongan fakir miskin perlulah dimasak terlebih dahulu dan seeloknya dimasak dengan masakan yang manis. 

Tujuan dimasak manis adalah untuk anak yang dibesarkan kelak berakhlak mulia. 

Untuk kedua-dua ibadah ini tidak boleh diberikan kepada orang yang bukan islam.

  •  Jenis haiwan sembelihan 

haiwan sembelihan

Jenis binatang terbaik untuk ibadah korban adalah lembu, unta dan kambing. 

Manakala, untuk ibadah akikah sebaiknya binatang ternakan seperti kambing. 

Akikah untuk anak lelaki sebaiknya 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan pula 1 ekor kambing. 

Untuk ibadah korban pula sebaiknya 1 bahagian lembu atau unta, atau seekor kambing.

Sebaiknya kambing tersebut disembelih oleh tuannya atau wakil. 

Haiwan ternakan yang disembelih untuk tujuan akikah, sunat dipotong pada bahagian sendi-sendinya sahaja.

Tulang haiwan yang disembelih untuk tujuan akikah tidak perlu dikerat-keratkan agar bahagian anggota badan bayi sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Allah.

  • Adab ketika menjalankan ibadah suci 

Antara adab yang perlu diambil berat ketika menyembelih binatang ternakan ialah pisau yang digunakan mestilah: 

  • Tajam
  • Disembunyikan atau tidak memperlihatkan pisau kepada binatang yang hendak disembelih melainkan ketika melakukan penyembelihan
  • Membaringkan haiwan yang akan disembelih  
  • Menyebut nama Allah (basmalah) 
  • Bertakbir.

Kesimpulannya, kedua ibadah ini sangatlah dituntut dan sunat muakkad. Jika mampu untuk lakukan bolehlah berbuat sedemikian. 

Kesimpulannya, kedua-dua ibadah suci amat dituntut di dalam agama Islam. Salah satu sebabnya, hukum mengamalkannya adalah sunat muakkad. 

Jika anda berkemampuan untuk menjalankan ibadah ini, maka anda perlu laksanakannya secara sehabis-baik. 

Ini bertepatan dengan kata-kata daripada ulama’ tersohor di Malaysia iaitu Dr Zulkifli Al-Bakri iaitu: 

“Boleh jika ingin disekalikan niat korban dan akikah bersama bagi seekor lembu atau unta kepada 7 bahagian seperti mana yang dinaskan oleh mazhab syafie dan hanafi”. 

Tetapi, jika anda berkemampuan untuk menjalankan kedua-dua amalan ini tanpa mengalami sebarang kesusahan. 

Sebaliknya, jika anda berkemampuan untuk kedua-dua amalan ini, maka adalah sebaiknya untuk mengasingkan ibadah korban dengan ibadah akikah. 

Harapnya kali ini anda lebih jelas tentang perbezaan antara ibadah korban dan akikah.

Jika anda ingin mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah aqiqah atau korban, anda boleh mencuba syarikat Aqiqahalharamain.com!

Buat anda yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan di syarikat kami, anda juga boleh hubungi kami menerusi Whatsapp

Antara keistimewaaan yang kami tawarkan adalah: 

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan.

Selain itu, kami turut menyediakan bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan. 

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM499 untuk seekor Kambing. 

Jadi, jangan lupa untuk hubungi kami untuk mengetahui perkhidmatan syarikat kami (Aqiqah al-Haramain) dengan lebih lanjut. 

Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Lafaz Niat Korban: Persoalan Common Yang Mengelirukan

Sebagai umat Islam, terdapat banyak perkara yang perlu diketahui (pengetahuan am) seperti lafaz niat korban dan perkara lain mengenai ibadah ini.

Ramai orang hanya bergantung kepada orang di sekeliling mereka untuk memberi tahu mereka tentang ibadah ini dan tidak berusaha untuk mengambil tahu.

Disebabkan itu, kami akan menerangkan kepada anda tentang ibadah ini seperti lafaz niat korban serta beberapa persoalan common yang mengelirukan umat Islam di Malaysia.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Ibadah Korban

ibadah korban

Ibadah Korban adalah ibadah yang sangat mulia. Ia bermula sejak dari zaman Nabi Ibrahim A.S. apabila diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Mereka menerima perintah itu seikhlas hati kerana Allah SWT. Namun dengan kuasa Allah S.W.T., tempat Nabi Ismail A.S. digantikan dengan seekor kambing.

Ibadah ini mengingatkan kita untuk sentiasa ikhlas dan bertakwa di dalam apa-apa ibadah seperti Nabi Ibrahim semasa diperintah untuk mengorbankan anaknya.

Hukum Korban

hukum korban

Menurut pandangan dan pendapat kebanyakan ulama’, ibadah korban adalah sunat muakad iaitu bermaskud ia makruh bagi umat Islam yang tidak melakukan ibadah ni walaupun mampu.

Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Bahawasanya Nabi telah menyembelih dua ekor kambing berwarna putih yang mempunyai dua tanduk yang mana Nabi SAW menyembelih sendiri dengan tangannya.” 

(Bukhari dan Muslim)

Satu lagu hadis yang menyatakan perkara ini adalah dari hadis Ummu Salamah iaitu:

“Jika kamu melihat bulan Zulhijjah dan jika kamu hendak menyembelih binatang korban hendaklah kamu tidak memotong kuku dan rambutnya.” 

(Muslim)

Dalam Mazhab Syafie, ia adalah sunat kifayah untuk menyembelih seekor binatang untuk korban. Ia sudah cukup untuk satu binatang bagi satu keluar.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai sekalian manusia bagi tiap-tiap ahli keluarga dan tiap-tiap tahun itu satu binatang korban.” 

(Ibnu Majah dan At Tarmidzi)

Walaubagaimanapun, hukum ibadah ini boleh dijadikan wajib dalam dua keadaan.

Keadaan pertama adalah apabila ia dinazarkan. Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang bernazar untuk mentaati Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia mentaati-Nya walaupun jika dia mati hendak dia menggantikan apa yang telah dinazarkan.”

Keadaan yang kedua adalah apabila binatang korban seperti lembu atau kambing ditentukan umpama dia berkata, ia korbankan ini kerana Allah.

Ini menunjukan kepentingan untuk semua orang untuk mengenal tentang hukum korban serta lafaz niat korban yang akan diceritakan di bahagian seterusnya.

Lafaz Niat Korban

lafaz niat korban

Untuk pengetahuan anda, tiada lafaz niat korban yang khusus. Dengan itu, mereka yang berkorban boleh menyebutkan niat di dalam hati sahaja.

Satu contoh seperti “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Ta’ala”, di dalam hati.

Tetapi anda perlu berhati-hati kerana lafaz niat korban seperti ini tidak sah jika ia adalah korban nazar kerana ia perlu dilfafazkan dengan mulut.

Lafaz niat korban tersebut haruslah jelas dan nyata. Sekiranya individu tersebut tidak boleh bercakap, niat nazar secara isyarat atau bertulis sudah memadai.

Berikut adalah lafaz niat korban nazar yang perlu dilafazkan dengan elok:

  1. Sudah memiliki binatang korban: “Demi Allah / Kerana Allah ke atasku menyembelih lembu ini sebagai korban” atau “Ke atasku menyembelih binatang ini sebagai korban”.
  2. Belum memiliki binatang korban: “Demi Allah ke atasku (menyembelih) binatang korban” atau “Demi Allah, ke atasku menyembelih seekor kambing” atau “Jika aku memiliki seekor kambing, maka ke atasku berkorban dengannya” atau “Aku bernazar untuk menyembelih kambing sebagai korban pada hari raya Haji nanti”.

Manakala bagi mereka yang ingin lafaz niat korban untuk orang lain iaitu sebagai wakil. Ini adalah contoh lafaz niat korban yang anda boleh rujuk:

“Saya (nama yang berkorban) telah bersetuju untuk mewakilkan tuan menguruskan korban saya pada tahun ini (tahun hijrah) kerana Allah Ta’ala”.

Kesimpulannya, mengambil tahu tentang ibadah korban seperti lafaz niat korban sangat penting sebagai umat Islam.

Jika anda ingin mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah aqiqah atau korban, anda boleh mencuba syarikat Aqiqahalharamain.com!

Buat anda yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan di syarikat kami, anda juga boleh hubungi kami menerusi Whatsapp

Antara keistimewaan yang kami tawarkan adalah: 

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan.

Selain itu, kami turut menyediakan bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan. 

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM499 untuk seekor Kambing. 

Jadi, jangan lupa untuk hubungi kami untuk mengetahui perkhidmatan syarikat kami (Aqiqah al-Haramain) dengan lebih lanjut. 

Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Kurma Ajwa: Pengenalan Info Asas dan Khasiatnya

Bagi penggemar buah kurma, mesti tahu bahawa terdapat pelbagai jenis kurma yang membawa khasiat tersendiri. Salah satu kurma yang paling terkenal adalah Kurma Ajwa. 

Menurut pandangan orang ramai, ia merupakan kurma yang kaya dengan manfaat luar biasa dan rasa yang tak tertandingi.

Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda semua tentang Kurma Ajwa supaya anda dapat tahu dengan lebih lanjut tentang kurma ini.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah!

Pengenalan Kurma Ajwa

kurma ajwa

Untuk pengetahuan anda, Kurma Ajwa merupakan jenis kurma hitam yang manis serta lembut dikunyah yang sangat istimewa kerana hanya ditanam di rantau Madina di Arab Saudi.

Oleh itu, ia tidak dapat dicari di negara lain dan hanya boleh dieksport sekiranya ingin mencuba atau memakan Kurma Ajwa ini.

Salah satu sebab mengapa Kurma Ajwa ini sangat istimewa dan menjadi pilihan ramai sebagai kurma terbaik di dunia adalah kerana ia merupakan kurma yang digemari oleh Rasulullah SAW.

Baginda mengamalkan memakan buah ini sebanyak 7 biji pada waktu pagi. Ini boleh dilihat dimana Rasulullah bersabda:

“Sesiapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka akan terhindar daripadanya racun dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Kurma Ajwa pertama yang ditanam oleh Rasulullah SAW adalah pada sekitar 14 abad. Kini, sudah menjadi gaya hidup untuk menanam kurma tersebut dengan banyak di Madinah

Khasiat Kurma Ajwa

kurma ajwa

Di bahagian artikel ini pula, kami akan menerangkan kepada anda beberapa khasiat yang dapat dinikmati jika mengambil Kurma Ajwa.

  1. Melancarkan Saluran Pencernaan

Salah satu khasiat terbaik yang ada oleh Kurma Ajwa adalah boleh membantu melancarkan saluran pencernaan.

Ini kerana kurma tersebut mempunyai serat larut yang tinggi dan  sangat sesuai untuk kebaikan saluran pencernaan seseorang.

Kurma ini sangat bagus terutama bagi mereka yang ada masalah sembelit yang berlaku akibat kekurangan sayur atau khasiat lain di dalam tubuh badan.

Ini juga boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan strok.

  1. Membantu Stabilkan Tekanan Darah

Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, kurma jenis ini pilihan yang baik kerana menjadi salah satu makanan yang boleh menurunkan tekanan darah.

Ini disebabkan kehadiran mineral-mineral seperti zat besi & potassium dan juga kandungan serat.

  1. Mencegah Penyakit Kencing Manis

Kurma Ajwa juga sangat baik diambil bagi mereka yang menghadapi penyakit diabetes. 

Ini kerana kurma ini mengandungi gula monosakarida yang merupakan golongan gula yang tidak dapat dipecahkan.

Kadar penyerapan gula badan anda juga lebih perlahan dan tidak akan menjejaskan tahap gula dalam badan anda berbanding dengan makanan bergula yang lain.

  1. Bagus Untuk Kesihatan Wanita

Bagi mereka yang ingin mendapat zuriat pada waktu terdekat, mengambil Kurma Ajwa ini merupakan satu langkah yang baik.

Ini kerana kandungan nutrisi yang terdapat dalam kurma tersebut boleh mempercepatkan pembuahan rahim wanita dan juga boleh meningkatkan kesuburan wanita serta pasangan.

Untuk mereka yang bakal bersalin pula, pengambilan kurma ini juga digalakkan kerana mengandungi zat oksitosin yang boleh membantu proses bersalin. 

  1. Dapat Melindungi Diri Dari Penyakit

Seperti hadis yang telah dikongsi di bahagian awal artikel ini, pengambilan Kurma Ajwa dikatakan mampu terhindar daripada penyakit dan racun serta sihir.

Ini kerana kehadiran khasiat yang tinggi seperti protein, zat besi, antioksida dan asid folik yang sangat diperlukan untuk melawan penyakit. 

Salah satu khasiat utama yang terdapat dalam kurma ini adalah beta D-glucan. Ini merupakan khasiat yang sangat istimewa kerana bersifat antitumor.

Disebabkan ini, dikatakan bahawa pengambilan Kurma Ajwa secara konsisten dapat mencegah kemunculan tumor di tubuh badan.

Kesimpulannya, Kurma Ajwa merupakan satu jenis buah yang patut disukai dan kerap dimakan oleh umat Islam kerana manfaat yang pelbagai dan rasa yang enak.

Jika anda ingin mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah aqiqah atau korban, anda boleh mencuba syarikat Qurban Aqiqah Haramain!

Berikut adalah beberapa sebab anda seharusnya memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM499 untuk seekor Kambing 

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, sila klik ke pautan laman web kami dibawah ini. 

Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Hukum Akikah: Ada Lagi Info Penting Yang Anda Perlu Tahu

Pasangan yang baru mendapat cahaya mata mesti terfikir untuk mengadakan majlis akikah sempena menyambut kelahiran anak.

Hukum akikah merupakan sunat muakkad, iaitu ia sangat dituntut oleh Islam bagi golongan yang berkemampuan.      

Ia adalah satu ibadah yang mulia sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat dikurniakan anak.  

Sebelum merancang majlis, pastikan anda telah memahami terlebih dahulu hukum-hukum berkaitan akikah. 

Teruskan membaca artikel ini kerana kami akan berkongsi info penting yang anda perlu tahu.

Pengertian Akikah

hukum akikah

Akikah merujuk kepada menyembelih binatang an’am ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.  

Menurut istilah hukum syarak, ibadah akikah adalah seperti berikut 

“penyembelihan haiwan tertentu bagi kepentingan anak, di samping mencukur dan memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu”.

Manakala, menurut bahasa pula akikah membawa maksud 

“rambut yang tumbuh di atas kepala bayi sewaktu lahir”.

Akikah adalah untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan anak yang telah dilahirkan. 

Kadar akikah berbeza mengikut jantina anak. Bagi anak lelaki, ia lebih afdal dengan dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan dengan satu ekor kambing. 

Syarat tersebut boleh dilihat dengan riwayat Aisyah :

“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Persoalan tentang Ibadah Akikah

hukum akikah

Berikut merupakan huraian secara mudah berkaitan akikah yang sering menjadi persoalan ramai.

  • Melewatkan akikah selepas hari ketujuh kelahiran

Jika ada kekangan seperti masa, boleh dilewatkan selagi mana anak masih belum mencecah usia baligh.

Sesudah baligh, tuntutan membuat akikah akan berpindah kepada anak itu sendiri mengikut Mazhab Syafie’.

  • Akikah anak yatim

Tuntunan akikah ditujukan kepada pihak yang wajib memberi nafkah kepada seorang anak itu iaitu ayah. 

Jika seorang ayah tidak mampu, maka diturunkan kepada datuk. Selain itu, orang lain tidak ada tuntutan kecuali anak itu ingin membuat akikah sendiri setelah dia dewasa.

Maka, tidak disunatkan membuat akikah untuk anak yatim. 

  • Pengagihan daging Akikah ketika majlis/kenduri

Prinsip pengagihan terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Fakir miskin
  2. Sebahagian untuk saudara mara/kenalan
  3. Sebahagian untuk dimakan diri sendiri/pelaku ibadah

Namun, dari segi cara bahagiannya tidak ada ditetapkan. 

  • Daging dimasak manis

Mengikut saranan ulamak, daging akikah elok dimasak manis.

Boleh dimasak mengikut kesesuaian seperti gulai, madu, kurma atau apa sahaja. 

  • Sisa majlis akikah 

Sisa akikah selepas majlis boleh dibuang seperti biasa. 

Beza Akikah dan Korban

Hukum pelaksanaan ibadah akikah dan ibadah korban adalah sama iaitu sunat muakkad.

Namun, jangan keliru kerana keduanya adalah ibadah yang berbeza. Teruskan membaca artikel ini untuk tahu lebih lanjut.

  • Waktu

Ibadah korban disempurnakan ketika bulan Zulhijjah iaitu selepas solat sunat Aidiladha, lebih spesifiknya pada tarikh 10,11,12,13 Zulhijjah.

Manakala, akikah boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahiran bayi tetapi lebih afdal pada hari ketujuh.

Secara mudah, ibadah korban dilakukan setiap tahun tetapi ibadah akikah hanya dilakukan sekali sahaja sepanjang hayat untuk seorang anak itu. 

Namun, ada juga pasangan yang berkemampuan untuk melaksanakan kedua-dua ibadah ini sekali. 

  • Pengagihan daging penyembelihan 

Daging akikah lebih afdal dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada fakir miskin.

Berbeza dengan daging korban yang tidak perlu dimasak dahulu dan boleh diagihkan dalam keadaan mentah.

Dari sudut cara pemotongan haiwan ternakan untuk tujuan akikah adalah tidak tertakluk kepada haiwan ternakan yang disembelih bagi tujuan ibadah korban.

Tulang-tulang haiwan penyembelihan bagi tujuan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya tetapi tidak bagi haiwan korban.

Begitulah perbezaan mudah antara ibadah korban akikah.

Kesimpulannya, ibadah akikah penting untuk difahami umat Islam kerana ibadah yang suci untuk kesejahteraan anak-anak. 

Selain tanda kesyukuran dan kegembiraan atas nikmat kelahiran anak, antara hikmah ibadah akikah ialah mendekatkan diri anak kepada Allah SWT pada peringkat awal lagi.

Oleh itu, disarankan untuk ahli keluarga menguruskan ibadah ini dengan kaedah yang terbaik mengikut kemampuan.

Semoga melalui perkongsian dalam artikel ini membantu para pembaca mendapat manfaat.

Jika mencari syarikat untuk membantu anda menjalankan ibadah akikah, anda boleh mempertimbangkan syarikat Aqiqah al-Haramain. 

Berikut adalah beberapa sebab anda seharusnya memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan. 

Bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah dilakukan secara online dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM499 untuk seekor kambing.

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan di bawah ini.

Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Qurban: Panduan Lengkap Untuk Umat Islam

Tanpa disedari, ibadah qurban akan diadakan pada bulan hadapan. 

Meskipun begitu, ramai orang yang kurang cakna akan kepentingan hari bersejarah ini jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri. 

Mana tidaknya, sambutan hari raya Aidilfitri di Malaysia boleh dikatakan amat meriah. 

Jamuan rumah terbuka, pemberian duit raya, dan juga masakan istimewa yang kebiasaannya dibuat hanya hari tersebut. 

Namun begitu, sebagai seorang Muslim, kedua-dua hari perayaan tersebut amat bermakna. 

Sebagai contoh, ibadah qurban berkait rapat dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya; Nabi Ismail. 

Jadi, ikuti artikel ini untuk mengetahui info berkaitan ibadah qurban dengan lebih lanjut. 

Sejarah Peristiwa Ibadah Qurban

ibadah qurban

Sebelum kami kongsikan info-info ibadah dengan lebih mendalam, kami akan menceritakan dahulu peristiwa bersejarah di sebalik ibadah suci ini. 

Ibadah ini adalah bertujuan untuk memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail di saat menjalankan amanah daripada Allah. 

Peristiwa qurban boleh didapati dalam surah As-Saffat pada ayat 102: 

qurban

Ayat ini bermaksud:

“Ketika anak itu telah sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim. Ibrahim berkata, “Hai, anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia (Ismail) menjawab, “Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintah oleh Allah kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar”.

Maka, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mematuhi perintah Allah itu dan bersiap sedia untuk menuju ke tempat yang diarahkan oleh Allah. 

Setelah tiba di tempat tersebut, Nabi Ibrahim merebahkan tubuh anak lelakinya dengan menghadapkan mukanya ke atas tanah. 

Nabi Ibrahim mengangkat pedang miliknya dengan kalimah Allah lalu memancungkan leher anak lelakinya itu.

Apabila Nabi Ibrahim membuka matanya, baginda amat terkejut apabila mendapati bahawa yang dipancungnya itu bukan Nabi Ismail. 

Tetapi, seekor kibas. Maka, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengucap kesyukuran kepada Allah kerana diberikan kekuatan dan keberanian ketika menjalankan amanah tersebut. 

Apakah Maksud Qurban?

qurban

Qurban ini merujuk kepada penyembelihan haiwan ternakan yang tertentu dan dibenarkan dalam Islam pada tarikh yang tertentu. 

Haiwan ternakan ini juga dinamakan sebagai al- an’am. Penyembelihan haiwan ternakan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Ia bertepatan dengan Surah al-Hajj pada ayat 28: 

Ayat ini bermaksud: 

Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka, makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. 

Hukum Melaksanakan Qurban

hukum qurban

Hukum melaksanakan ibadah qurban ialah sunat muakkad. Ini bermaksud perbuatan qurban itu amat dituntut buat mereka yang mampu. 

Manakala, hukumnya menjadi makruh jika individu yang mampu tersebut tidak melaksanakan qurban. 

Tetapi, terdapat beberapa situasi yang menyebabkan ibadah qurban ini menjadi wajib. Situasi tersebut adalah: 

  • Ibadah korban yang wajib dilaksanakan akibat daripada bernazar secara jelas (nazar hakiki).
  • Ibadah korban yang diwasiatkan oleh mereka yang sudah meninggal dunia.
  • Apabila individu menta’yinkan (menentukan) binatang tertentu untuk ibadah qurban.

Mungkin ada antara kita yang kurang memahami istilah nazar. Nazar itu merujuk kepada perbuatan yang bakal dilakukan dengan menyebut nama Allah atau nazar itu sendiri. 

Sebagai contoh, “Demi Allah, aku akan qurbankan seekor kambing pada AidilAdha tahun ini”. 

Ataupun, “Kambing ini hanyalah untuk ibadah qurban”.

Kedua-dua contoh di atas menggambarkan situasi dimana seseorang individu telah bernazar untuk ibadah suci ini. 

Situasi yang kedua itu adalah contoh kepada perbuatan menta’yinkan (menentukan) binatang untuk qurban. 

Syarat-syarat Qurban

Buat pengetahuan anda, syarat-syarat sah qurban terbahagi kepada beberapa kategori iaitu syarat wajib individu, syarat pelaksanaan, dan syarat pelaksanaan qurban. 

Mari teliti satu per satu. 

Syarat wajib individu:

Buat individu yang ingin melakukan ibadah qurban, berikut merupakan syarat-syarat wajibnya: 

  • Seorang yang Muslim 
  • Merdeka (bebas dari kehambaan)
  • Berkemampuan dari segi kewangan
  • Baligh 
  • Bermukim/bermusafir 

Syarat haiwan qurban: 

  • Melaksanakan ibadah ini keatas bintang ternakan (al an’am) seperti lembu, kambing, unta, kibas, biri-biri, dan kerbau. 
  • Binatang ternakan mestilah tidak memiliki sebarang kecacatan seperti tempang, cedera pada badannya, kurus sehingga menampakkan tulangnya, dan sebagainya.
  • Bintang ternakan yang sudah cukup umurnya:

Unta: berumur 5 yang masuk ke 6 tahun.

Lembu/kerbau/kambing: 2 tahun yang masuk ke 3 tahun.

Biri-biri/kibas: 1 tahun yang masuk ke 2 tahun atau gigi hadapan sudah ada walaupun masih belum cukup umur (mesti melebihi 6 bulan). 

Syarat pelaksanaan qurban: 

syarat qurban

  • Ibadah ini mestilah dilaksanakan pada tarikh 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. 
  • Waktu yang dibenarkan untuk melaksanakan qurban adalah setelah selesainya solat hari raya Aid al-Adha dan bacaan khutbah. 

Pembahagian Daging Qurban

daging qurban

Tahukah anda bahawa pembahagian daging qurban adalah bergantung kepada niat seseorang individu itu. 

Seperti yang dinyatakan di atas, ibadah ini terbahagi kepada beberapa hukum mengikut situasi individu tersebut. 

Bagi qurban yang dilakukan dengan niat sunat muakkad, sebahagian daging itu sunat diberikan kepada yang berniat itu. 

Pembahagian itu boleh dibuat mengikut sifir ini: 

  1. ⅓ diberikan kepada pihak yang berkorban dan ahli keluarganya 
  2. ⅓ diberikan kepada fakir dan miskin
  3. ⅓ diberikan kepada sahabat-sahabat dan jiran. 

Manakala, bagi qurban yang wajib dilakukan atas sebab bernazar, individu tersebut perlu sedekahkan kesemua daging korban kepada golongan fakir dan miskin. 

Jika individu terbabit termakan/ telah makan daging korban itu, maka dia perlu mengeluarkan sejumlah wang mengikut kadar tertentu. 

Bagaimana Ingin Menyempurnakan Ibadah Qurban? 

Buat anda yang ingin menyempurnakan ibadah suci ini, anda boleh hubungi kami di AqiqahAlHaramain.com

Pelaksanaan qurban bersama kami sememangnya mudah, dipercayai dan patuh syariah. 

Ibadah ini akan dijalankan di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah. Oleh itu, video dan gambar akan diberikan kepada anda sebagai bukti pelaksanaan aktiviti qurban sudah dijalankan. 

Jika anda berminat, anda boleh mendaftar qurban di AqiqahAlHaramain.com. 

Proses pendaftaran yang dilakukan adalah 100% secara atas talian sahaja. Anda cuma perlu luangkan 5 minit sahaja untuk berdaftar. 

Proses pelaksanaan kami juga amat mudah. Anda hanya perlu mengisi maklumat peribadi di borang yang disediakan online. 

Kemudian, anda akan menerima video dan gambar setelah penyembelihan haiwan berjaya dilaksanakan. 

Selain itu, anda juga akan menerima free gift:       

  • Sijil Kayu Eksklusif 
  • Air ZamZam 250 ml

Jadi, tunggu apa lagi? 

Mari sempurnakan tugas kita sebagai seorang Muslim dengan melaksanakan qurban yang menepati syarat-syarat dalam Islam. 

Hubungi kami sekarang dengan menekan pautan di bawah untuk mendaftar qurban bersama kami. 

Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Badal Haji: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentangnya

Badal Haji merupakan satu perkara yang dibuat oleh ramai orang di Malaysia. Ini dilakukan apabila seseorang itu tidak mampu lagi untuk melakukan ibadah tersebut secara fizikal.

Namun begitu, terdapat juga ramai di antara mereka yang tidak tahu mengenai kemudahan ini. 

Jadi, di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang hukum Badal Haji serta syarat dan rukun yang perlu diikut bagi mereka yang melakukannya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan maklumat yang berfaedah.

Maksud dan Hukum Badal Haji

Apabila seseorang itu mampu untuk melakukan haji (dari segi kewangan) tetapi tidak mampu secara batiniah atas sebab-sebab seperti sakit uzur, maka mereka boleh mengupah orang.

Ini yang dinamakan badal haji atau juga Haji Niyabah. Ia bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya.

Bagi hukum pula, mereka yang mampu untuk menunaikan ibadah haji tetapi tidak boleh kerana sakit, ia adalah harus untuk mereka melakukan Badal Haji.

Perkara ini boleh dilihat di dalam sebuah hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim dari Fadl bin Abbas. Ia melibatkan seorang wanita yang bertanya kepada Rasulullah SAW.

“Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hambanya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya?”

Rasulullah SAW pula menjawab Boleh”.

Syarat-Syarat Badal Haji

Berikut merupakan syarat-syarat badal haji yang perlu diikut oleh mereka yang ingin melakukan ibadah haji bagi pihak orang lain:

  • Terlebih dahulu, dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada perasaan was-was terhadap ibadah hajinya yang terdahulu.
  • Hanya menunaikan haji untuk seorang sahaja ketika musim haji.
  • Ia hendaklah berniat ihram, lantas berihram sama ada:
  1. Di miqat orang yang hendak dihajikannya atau;
  2. Di miqat yang sama jauh dengan miqat orang yang hendak dihajikan olehnya atau;
  3. Di Miqat yang telah ditentukan kepadanya oleh penyuruh pelaksanaan haji,
  4. Tetapi jika segala di atas tidak ditentukan kepadanya, bolehlah baginya berihram di mana-mana miqat yang dirasakan mudah baginya.
  5. Orang yang yang menunaikan badal haji perlulah seorang Muslim yang telah akil baligh.

Rukun dan Wajib Haji

Untuk pengetahuan anda, terdapat 6 rukun haji dan 6 wajib haji yang harus dilakukan oleh jemaah haji.

Untuk rukun haji, ia wajib dilakukan oleh jemaah untuk memastikan ibadah haji atau badal haji mereka adalah sah dan sempurna.

Jika ada yang tertinggal, maka ibadah yang dilakukan tidak sah dan perlu dilakukan balik.

1. Berniat Ihram

Berniat Ihram adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan haji atau badal haji. 

Niat ihram yang paling afdhal adalah di miqat namun boleh dilakukan sebelum melepasinya. Terdapat 5 miqat bagi Haji atau badal haji iaitu:

  • Bir Ali atau Zulhulaifah –  ini adalah bagi jemaah yang datang dari arah Madinah
  • Yalamlam – ini bagi Jemaah datang dari arah Yaman
  • Qarnul Manazil – bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat Qarnul Manazril
  • Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
  • Zatu Irqin – untuk Jemaah yang datang dari arah Iraq

2. Wukuf Di Arafah

Wukuf di Padang Arafah merupakan perkara yang wajib dilakukan untuk memastikan ibadah haji atau badal haji sah. Ia perlu dilakukan pada 9 Dzulhijjah.

Ia dilakukan untuk mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa diturunkan ke bumi dari syurga.

Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan. Maka, di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima.

3. Tawaf

Rukun seterusnya adalah Tawaf. Apabila jemaah tiba di Tanah Suci, ia merupakan amalan pertama yang akan dilakukan bagi mereka yang mengerjakan haji atau badal haji.

Ia merupakan amalan di mana seseorang itu akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali mengikut syarat-syaratnya. Tawaf juga mempunyai syarat wajibnya tersendiri iaitu:

  1. Menutup aurat seperti di dalam solat.
  2. Suci daripada hadas.
  3. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
  4. Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad.
  5. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu.
  6. Berjalan itu dengan tujuan tawaf.
  7. Cukup tujuh keliling dengan yakin.
  8. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah.

4. Saie

Rukun Haji yang keempat adalah Saie, di mana jemaah akan berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dengan Marwah yang mempunyai jarak lebih kurang 420 meter. 

Seperti tawaf, ia juga mempunyai syarat-syarat tersendiri iaitu:

  1. Hendaklah dilakukan selepas Tawaf.
  2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah.
  3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali.
  4. Hendaklah Saie sehingga sampai ke penghujung tempat Saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap kali.
  5. Hendaklah Saie di tempat yang ditentukan.
  6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan amalan itu.

5. Bergunting atau Bercukur

Selepas selesai amalan Saie, jemaah diwajibkan bercukur atau menggunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Ini untuk melepaskan diri daripada pantang larang ihram.

Bagi kaum lelaki, ia adalah afdhal untuk bercukur kepala. Selepas siap rukun ini, maka anda terlepas dari pantang larang semasa dalam ihram Haji.

6. Tertib

Rukun terakhir adalah tertib. Bagi mereka yang melakukan badal haji atas nama orang, anda perlu memastikan tertib itu betul supaya ibadah haji adalah sah.

Berikut di atas merupakan 6 rukun yang perlu dipatuhi ketika melakukan ibadah haji. 

Manakala, untuk 6 syarat wajib haji pula adalah seperti dibawah ini: 

  1. Niat di miqat
  2. Larangan Ihram
  3. Bermalam (Mabit) di Mudzalifah 
  4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah 
  5. Bermalam (Mabit) di Mina 11,12,13 Zulhijjah 
  6. Melontar Ketiga – tiga Jamrah Pada 11, 12, 13 Zulhijjah

Kesimpulannya, ibadah badal haji ini adalah untuk memudahkan orang-orang Muslim bagi yang tidak mampu melakukannya dengan fizikal yang sihat. 

Selain daripada badal haji, anda juga boleh membuat badal umrah bagi mereka yang uzur daripada segi kesihatan. 

Untuk itu, anda boleh membaca artikel kami mengenai badal umrah dengan klik pautan di bawah ini. 

Badal Umrah: Ketahui Info Asas dan Penting Di Artikel Ini

Buat pengetahuan anda, syarikat kami iaitu AqiqahAlHaramain.com menawarkan beberapa perkhidmatan seperti badal umrah, korban dan juga aqiqah. 

Jadi, jika anda sedang mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah-ibadah di atas, anda boleh hubungi kami segera! 

Berikut adalah beberapa sebab anda harus memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM470 untuk seekor kambing.

Manakala, bagi perkhidmatan badal umrah pula, berikut merupakan 3 pakej yang disediakan oleh pihak kami: 

  1. Pakej Sakeenah (RM490)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Mawaddah (RM589) 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan aktiviti waqaf al-Quran 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Rahmah (RM959)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar pelaksanaan sembelihan dan agihan daging kambing 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, sila ke laman web kami di sini.

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai AqiqahAlHaramain.com!

Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Badal Umrah: Ketahui Info Asas dan Penting Di Artikel Ini

Umrah merupakan satu ibadah yang dikejar oleh umat Islam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Bagi yang tidak mampu kerana keadaan fizikal, badal umrah adalah satu cara.

Ia merupakan satu langkah yang baik bagi mereka yang tidak mampu ke tanah suci kerana penyakit atau perkara lain yang menyebabkan mereka tidak mampu untuk menunaikan ibadah ini.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda apa itu badal umrah serta syarat dan rukun yang perlu diikuti bagi mereka yang menunaikan ibadah ini.

Sila membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang sangat penting bagi semua umat Islam.

Maksud Badal & Umrah 

maksud badal

Maksud umrah dari segi syara’ adalah menziarahi Baitullah Al-Haram pada bila-bila waktu untuk melaksanakan ibadah dengan mengikut syarat yang sudah ditentukan dalam Islam.

Dari segi bahasa pula, Umrah bermaksud ziarah. Satu perkara yang ramai tidak tahu ialah umrah merupakan ibadah wajib bagi mereka yang mampu dari segi kewangan dan fizikal.

Ini berdasarkan ayat dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah”.

Surah al-Baqarah (Ayat 196)

Bagi mereka yang mampu dari segi kewangan tetapi tidak mampu dari segi batiniah, mereka boleh melakukan Badal Umrah.

Ini bermaksud mereka mewakilkan kepada ahli keluarga atau kenalan untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Antara sebab seseorang individu tidak boleh melakukan ibadah itu sendiri adalah seperti terlalu tua, sakit tiada harapan untuk sembuh atau sudah meninggal dunia.

Oleh kerana sebab-sebab di atas, mereka boleh mewakilkan ibadat umrah menerusi badal umrah ini.

Apakah Syarat-syarat Sah Umrah

syarat sah umrah

Untuk melakukan Ibadah umrah atau badal umrah, terdapat 5 syarat yang perlu dipenuhi untuk memastikan ibadah tersebut adalah sah.

  • Beragama Islam

Seperti yang kita ketahui, ibadah Umrah atau Haji merupakan salah satu rukun Islam. Oleh itu, syarat yang pertama adalah mereka yang ingin menunaikan ibadah ini perlulah beragama Islam.

  • Baligh

Ibadah umrah atau badal umrah hanya diwajibkan bagi mereka yang sudah mencapai akil baligh dan tidak wajib untuk kanak-kanak kecil.

  • Berakal

Tidak wajib bagi mereka yang tidak siuman, gila, atau hilang akal untuk menunaikan ibadah ini. Badal umrah juga tidak sah jika diwakilkan ke atas mereka yang tidak berakal.

  • Merdeka

Tidak wajib untuk menunaikan umrah bagi seorang hamba abdi.

  • Berkemampuan

Hanya mereka yang mampu dari segi kewangan dan sihat tubuh badan diwajibkan melakukan ibadah ini. 

Bagi mereka yang mampu tetapi tidak sihat, mereka boleh melakukan badal umrah.

Rukun Wajib Mengerjakan Umrah

rukun wajib umrah

Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 rukun wajib yang perlu diikuti oleh mereka yang melakukan ibadah umrah atau badal umrah.

1. Berniat Ihram

Berniat Ihram adalah perkara pertama yang wajib dilakukan oleh mereka yang ingin melakukan umrah atau badal umrah. 

Niat ihram yang paling afdhal adalah di Miqat namun boleh dilakukan sebelum melepasinya.Terdapat 5 Miqat bagi ihram haji atau umrah iaitu:

  • Bir Ali atau Zulhulaifah –  ini adalah bagi jemaah yang datang dari arah Madinah
  • Yalamlam – ini bagi Jemaah datang dari arah Yaman
  • Qarnul Manazil – bagi jemaah yang masuk ke Mekah melalui Malaysia, wajib berniat ihram sebelum pesawat Qarnul Manazril
  • Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dan sebagainya.
  • Zatu Irqin – untuk Jemaah yang datang dari arah Iraq

2. Tawaf

Rukun seterusnya ialah Tawaf. Apabila jemaah tiba di Tanah Suci, ia merupakan amalan pertama yang akan dilakukan bagi mereka yang mengerjakan umrah atau badal umrah.

Ia merupakan amalan di mana seseorang itu akan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya. 

Tawaf juga mempunyai syarat wajibnya sendiri iaitu:

  1. Menutup aurat seperti di dalam solat
  2. Suci daripada hadas 
  3. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.
  4. Menutup aurat seperti di dalam solat
  5. Hendaklah dimulakan pada sudut Hajarul Aswad
  6. Sewaktu berjalan melakukan tawaf, Baitullah hendaklah sentiasa berada di sebelah kiri bahu
  7. Berjalan itu dengan tujuan tawaf
  8. Cukup tujuh keliling dengan yakin
  9. Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam masjid dan di luar dari bahagian Kaabah 

3. Saie

Rukun Umrah yang ketiga adalah Saie di mana jemaah akan berjalan ulang alik di antara Bukit Safa dengan Marwah yang mempunyai jarak lebih kurang 420 meter. 

Seperti tawaf, ia juga mempunyai syarat tersendiri iaitu:

  1. Hendaklah dilakukan selepas Tawaf
  2. Mulai daripada Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
  3. Cukup tujuh kali dengan yakin, iaitu dikira dari Safa ke Marwah sekali dan dari Marwah ke Safa sekali
  4. Hendaklah Saie sehingga sampai ke penghujung tempat Saie di Bukit Safa dan Bukit Marwah pada setiap kali.
  5. Hendaklah Saie di tempat yang ditentukan.
  6. Mengekalkan niat untuk bersaie sepanjang masa melakukan Saie itu

4. Bergunting atau Bercukur

Selepas selesai amalan Saie, jemaah diwajibkan bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut. Ini untuk melepaskan diri daripada pantang larang ihram.

Bagi kaum lelaki, ia adalah afdhal untuk bercukur kepala. Selepas siap rukun ini, maka anda terlepas dari pantang larang semasa dalam ihram umrah.

5. Tertib

Rukun terakhir adalah tertib. Bagi mereka yang melakukan badal umrah atas nama orang, anda perlu memastikan tertib betul supaya umrah adalah sah.

Kesimpulannya, badal umrah merupakan satu perkara yang sangat bagus bagi mereka yang mampu untuk melakukan umrah dari segi kewangan tetapi tidak mampu dari segi batiniah.

Jika anda ingin mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah badal umrah, aqiqah atau korban, anda boleh mencuba syarikat AqiqahAlharamain.com.

Berikut adalah beberapa sebab anda seharusnya memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan. 

Bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah secara online hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM470 untuk seekor kambing. 

Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan badal umrah buat mereka yang ingin melaksanakannya. Kami menyediakan 3 pakej badal umrah iaitu: 

  1. Pakej Sakeenah (RM520)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Mawaddah (RM619) 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan aktiviti waqaf al-Quran 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 
  1. Pakej Rahmah (RM989)
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan badal umrah 
  • Penyediaan video dan gambar sebagai bukti pelaksanaan yaasin dan tahlil
  • Penyediaan video dan gambar pelaksanaan sembelihan dan agihan daging kambing 
  • Sijil premium ukiran kayu 
  • Air zamzam (250ml) 

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan di bawah ini.

Klik Untuk Maklumat Lanjut Aqiqah Al-Haramain