Categories
AQIQAH DI TANAH SUCI MEKKAH

Aqiqah: Ibadah Suci Demi Kesejahteraan Anak-anak

Ibadah aqiqah merupakan satu perkara yang dilakukan oleh umat Islam apabila menerima cahaya mata.

Ibadah ini sangat mulia bagi ibu bapa kerana ia juga akan melibatkan pemberian makanan kepada orang sekeliling sempena majlis ini.  

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang ibadah aqiqah serta syarat-syarat yang anda perlu tahu sebagai ibu bapa.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

Apakah Maksud Aqiqah? 

maksud aqiqah

Ibadah aqiqah menurut istilah hukum syarak merupakan:

““penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Bagi erti bahasa pula, aqiqah bermaksud “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala waktu lahirnya.”

Kepentingan ibadah ini juga boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.”

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Bagi hukum aqiqah pula, ia adalah sunat muakkad menurut Imam Syafi’e. Imam Malik pula menyatakan bahawa ibadah ini adalah perintah yang tidak boleh diperselisihkan lagi.

Syarat Aqiqah Bagi Anak Lelaki dan Perempuan

syarat aqiqah

Sebelum kami menerangkan kepada anda mengenai syarat-syarat aqiqah dengan lebih lanjut, kami akan berkongsi jenis-jenis haiwan yang bersesuaian dengan ibadah ini. 

  1. Kibas: Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  2. Biri-biri, domba dan kambing: Melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  3. Lembu dan kerbau: Melebihi dua tahun
  4. Unta: Melebihi lima tahun

Syarat aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan boleh dilihat dengan riwayat Aisyah :

“Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Dengan itu,  kadar aqiqah adalah seperti berikut:

Anak lelaki: 2 ekor kambing

Anak perempuan: Seekor kambing

Apakah Syarat Sah Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan?

syarat aqiqah

Terdapat 5 syarat aqiqah yang perlu diikut oleh ibu bapa supaya ibadah yang dilakukan adalah sah dan betul.

1. Niat 

Syarat yang pertama seperti ibadah lain adalah niat. Bagi ibadat ini, ia penting kerana penyembelih binatang tersebut perlu berniat dengan nama anak anda.

Tetapi, aqiqah tersebut masih sah apabila anda berniat di atas nama anak anda di proses membeli dan menyembelih. Anda juga tidak perlu membawa anak anda ke lokasi penyembelihan.

2. Binatang Berkaki Empat Yang Tidak Cacat

kambing

Satu perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin melakukan ibadah aqiqah untuk anak adalah binatang yang akan disembelih perlu dalam keadaan yang sihat.

Ini bermaksud ia tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal dan juga dalaman. Apabila anda sedang proses membeli, anda boleh minta untuk melihat binatang yang akan digunakan.

3. Memenuhi syarat penyembelihan

Anda juga perlu memenuhi syarat penyembelihan untuk memastikan ibadah aqiqah anda diterima. 

Berikut adalah beberapa syarat:

  • Binatang tersebut halal dimakan, mati dengan satu penyembelihan dan putus urat halkum dan urat merih.
  • Alat sembelihan yang tajam seperti parang
  • Penyembelih beragama Islam, bukan mumayyiz dan bukan dalam keadaan ihram

4. Binatang Cukup Umur

Seperti yang kami telah terangkan kepada anda di bahagian awal artikel ini, umur binatang yang akan disembelih juga merupakan salah satu syarat sah untuk ibadah ini.

Untuk itu, kami akan berkongsi sekali lagi syarat umur haiwan sembelihan tersebut di bawah ini: 

  • Kibas: Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  • Biri-biri, domba dan kambing: Melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  • Lembu dan kerbau: Melebihi dua tahun
  • Unta: Melebihi lima tahun

Perbezaan Aqiqah dan Korban 

Di bahagian artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa perbezaan bagi ibadah aqiqah dan korban.

  • Satu perbezaan yang ketara adalah daging korban akan disedekahkan dalam keadaan mentah. 
  • Tetapi, daging aqiqah pula adalah sunnah jika ia dimasak bagi tujuan bersedekah.

Ini boleh dilihat di mana Aisyah menyatakan:

“menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.”

Hadis riwayat Al-Baihaqi

  • Perbezaan seterusnya ialah ibadah aqiqah boleh dilakukan sepanjang tahun manakala ibadah korban hanya boleh dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
  • Tulang-tulang haiwan penyembelihan aqiqah sunat dipotong pada sendi-sendinya tetapi tidak sunat untuk haiwan korban.
  • Ibadah aqiqah hanya dilakukan sekali untuk sepanjang hayat untuk menyambut cahaya mata tetapi ibadat korban dilakukan pada setiap tahun.

Kesimpulannya, ibadah aqiqah merupakan satu perkara yang sangat penting untuk diambil tahu oleh umat Islam supaya bersedia apabila mendapat anak.

Jika anda ingin mencari syarikat untuk membantu anda melakukan ibadah aqiqah atau korban, anda boleh mencuba syarikat AqiqahAlharamain.com. Anda juga boleh direct WhatsApp Aqiqah Al-Haramain jika terdapat sebarang pertanyaan.

Berikut adalah beberapa sebab anda seharusnya memilih kami:

  • Ibadah Haramain

Qurban & Aqiqah akan dilakukan di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.

  • Dipercayai

Bukti video & gambar Qurban & Aqiqah (disertai nama anak) akan disediakan. 

Bukti video agihan daging siap sebut nama juga akan diberikan.

  • Mudah

Pendaftaran Qurban & Aqiqah dilakukan secara online dan hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

  • Murah

Harga serendah RM470 untuk seekor kambing.

Jika anda berminat dengan servis kami atau ingin maklumat yang lebih lanjut, anda boleh klik pada pautan di bawah ini.

Klik Untuk Maklumat Lanjut Aqiqah Al-Haramain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *